Matahari
Matahari merupakan
bintang terdekat dengan
Bumi dengan jarak purata 149,680,000
kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk
Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai
bintang kerdil jenis G.
Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke
Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola
plasma dengan jisim sekitar 2 x 10
30 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada
gas panas menukar unsur
hidrogen kepada
helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim
air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan
bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt se
meter persegi setiap saat.